Tahniah Adik Rania Shakila! ????✨
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Rania Shakila atas kejayaan luar biasa merangkul Pingat Perak Sparring di Hwarang Championship Taekwondo International 2026 di Stadium Titiwangsa pada September 2026 yang lalu.
Kejayaan ini amat membanggakan kerana beliau telah mengharumkan nama sekolah dan Kelab Acen Kids dalam persaingan sengit yang turut disertai oleh peserta dari 6 buah negara luar iaitu UK, Hong Kong, India, Korea, Indonesia, dan Filipina.
Terima Kasih kepada ibubapa, keluarga, jurulatih, kelab Acen Kids dan guru-guru SK Duyong yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan. Kami semua sangat bangga dengan pencapaian anda! ????????