Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Duyong atas kejayaan meraih *Tempat Ketiga Penyertaan Terbanyak Sekolah* dalam Pertandingan Pidato TYT Rukun Negara Tahun 2026. ????????????
Lebih membanggakan, seramai *189 orang murid* SK Duyong telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. ????
Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan semangat, keberanian dan kesungguhan murid-murid SK Duyong dalam menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri serta penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara. ????????❤️
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru panitia Bahasa Melayu, guru pembimbing, ibu bapa serta semua murid yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan ini.
Syabas dan tahniah SK Duyong!
Teruskan melangkah dengan yakin dan jadikan setiap penyertaan sebagai pengalaman menuju kejayaan yang lebih gemilang. ????
???????? SK DUYONG – BERANI BERSUARA, BERANI BERJAYA! ????????
#SKDuyong
#PertandinganPidatoTYT
#RukunNegara2026
#PenyertaanTerbanyak
#SKDuyongHebat
#SyabasSKDuyong