????✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨????
Peringkat Sekolah Kebangsaan Duyong
Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Sekolah Kebangsaan Duyong telah berlangsung dengan penuh meriah dan penghayatan. ????
Program ini menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program termasuk perarakan Maulidur Rasul, bacaan doa, tilawah dan terjemahan al-Quran serta ceramah khas yang telah disampaikan oleh Ustaz Bukhari bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Islam), PPD Melaka Tengah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, penceramah jemputan, guru-guru, staf serta seluruh warga SK Duyong yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. ????
Semoga sambutan ini bukan sekadar menjadi acara tahunan, tetapi menjadi pemangkin untuk kita terus mengenali, mencintai dan meneladani Rasulullah ﷺ dalam setiap aspek kehidupan.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ
???? Islam Sejati Memartabatkan Sunnah ????
#MaulidurRasul1448H
#SKDuyong
#IslamSejatiMemartabatkanSunnah
#CintaRasulullah
#SelawatDanSalam
#WargaSKDuyong