• Main
  • News

???? Tahniah Peserta Taekwondo SK Duyong! ????

Alhamdulillah, selesai sudah Ujian Pertukaran Tali Pinggang (Grading) Taekwondo Koryo 2026 yang telah berlangsung pada 2 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di SMK Padang Temu, Melaka Tengah.

Tahniah kepada semua murid SK Duyong yang telah berjaya menyertai ujian grading dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Semoga segala usaha dan latihan yang telah diberikan membuahkan kejayaan serta menjadi pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan dalam sukan Taekwondo.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para jurulatih, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak sepanjang perjalanan mereka dalam sukan ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta! Teruskan melangkah ke tahap yang lebih tinggi. ????????

#SKDuyong #Taekwondo #Koryo #Grading2026 #Melaka #Tahniah #SemangatJuang