???? PERTANDINGAN MEMBINA GAJET
Karnival Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan
???? Tempat: SK Gangsa
???? Tarikh: 25 Julai 2026
???? Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SK Duyong yang telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Membina Gajet sempena Karnival Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan.
Peserta:
???? Nor Izzam Baihaqi bin Nor Asmadi
???? Muhammad Danial bin Yaakob
???? Muhammad Fayyadh bin Mohd Asrul Azri
???? Muhammad Firash Ilman bin Khairul Ashrin
Penyertaan ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta dalam mengaplikasikan kemahiran ikatan dan simpulan, membina gajet, serta memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kepimpinan.
Warga SK Duyong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para murid dan guru pembimbing atas komitmen serta usaha yang telah ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Syabas dan teruskan kecemerlangan! ❤️????
#SKDuyong #BSMM #KarnivalUnitBeruniform #PertandinganMembinaGajet #BanggaSKDuyong