KEJOHANAN GRAND FINAL BOLING MSS NEGERI MELAKA 2026
GRAND FINAL (GU12)
Tarikh: 21 Julai 2026
Hari: Selasa
Tempat: Melaka International Bowling Center (MIBC)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Aisy Nursofea binti Shamsul Ariffin dari kelas 6 Jebat peserta boling perempuan bawah 12 tahun atas kejayaan meraih tempat ke-4 dalam pertandingan Grand Final Boling MSS Negeri Melaka 2026. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan hasil daripada usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi.
Lebih membanggakan, kejayaan ini telah melayakkan Aisy untuk mewakili Negeri Melaka ke pertandingan peringkat MSSM . Semoga terus berusaha, mengekalkan prestasi cemerlang dan memberikan yang terbaik di pentas kebangsaan.
Road to MSSM 2026
Keep fighting & high score Aisy!