• Main
  • News

???? SELESAI SUDAH MAJLIS PELANCARAN NILAM & PROGRAM JOM BACA 10 MINIT ????

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dan Program Jom Baca 10 Minit yang telah berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar dan penuh jayanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen dengan menyertai aktiviti membaca secara serentak.

Semoga program ini dapat terus menyemai minat membaca dalam kalangan murid serta menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.

“Jom Baca 10 Minit, Membaca Sepanjang Hayat!” ????✨

#NILAM #JomBaca10Minit #BudayaMembaca #SekolahCemerlang