Program Khatam Al-Quran & Penutupan Ihya’ Ramadan SK Duyong 2026 ????✨
Alhamdulillah, pada 17 Mac 2026 telah berlangsung Program Khatam Al-Quran dan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan SK Duyong 2026 dengan penuh khusyuk dan bermakna. ????????
Program ini merupakan kemuncak kepada pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan menyemai kecintaan terhadap Al-Quran, di samping membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia. ????✨
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran serta kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program Ihya’ Ramadan pada tahun ini. ????
Semoga segala amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian. ????✨
#SKDuyong
#KhatamAlQuran
#IhyaRamadan
#Ramadan1447H
#CintaAlQuran