Majlis Pelancaran Program BLINQ ????✨
Alhamdulillah, pada 27 Februari 2026 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Pelancaran Program BLINQ (Bijak, Lancar, Iqra’ N Quran) di SK Duyong dengan jayanya. ????
Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membaca Iqra’ dan Al-Quran dengan lebih lancar, tepat dan berkeyakinan. Di samping itu, program ini juga bertujuan memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan murid sejak di peringkat sekolah rendah. ????????
Semoga usaha ini memberi manfaat dan keberkatan kepada seluruh warga SK Duyong. ✨
#SKDuyong
#ProgramBLINQ
#BijakLancarIqraQuran
#PendidikanIslam
#CintaAlQuran