• Main
  • News

???? Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 2026 SK Duyong

Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 SK Duyong telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Februari 2026 (Jumaat).
Program ini bertujuan membantu murid Tahun 1 menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah rendah dari segi emosi, sosial dan pembelajaran. Sepanjang tempoh transisi, murid-murid menunjukkan perkembangan yang sangat positif serta semangat yang tinggi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru serta warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga murid-murid Tahun 1 terus cemerlang dan berkeyakinan dalam meneruskan sesi persekolahan.
#TransisiTahun1
#SKDuyong
#PermulaanCemerlang