• Main
  • News

Penggambaran Permainan Tradisional : Nostalgia Menggamit Kenangan Oleh

Penggambaran Permainan Tradisional : Nostalgia Menggamit Kenangan Oleh

PENGGAMBARAN PERMAINAN TRADISIONAL : NOSTALGIA MENGGAMIT KENANGAN OLEH INSTITUT WARISAN MELAKA

SK Duyong telah dijemput bagi menjayakan sebuah penggambaran yang memaparkan permainan-permainan tradisional di Malaysia dengan kerjasama PERZIM dan INSWA.

Penggambaran berlangsung pada 29 Januari 2026 (Khamis) di Hang Tuah Centre, Perkampungan Hang Tuah. Seramai 6 orang murid yang telah terlibat; 3 lelaki dan 3 perempuan.

Antara permainan tradisional yang dirakamkan ialah konda-kondi, sorok-sorok, batu seremban, ting-ting, baling selipar, dan banyak lagi.

Pihak sekolah berasa amat bertuah kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Semoga ukhwah yang dibina akan terus terjalin dan pihak sekolah juga amat berbesar hati menerima jemputan daripada pihak terlibat.

#SK_Duyong
#SkeDY
#Kelab_Kebudayaan_SKeDY
#Seni_Tari_Warisan