
Dari kampung Duyong ke SERDANG SEVEN 2023.
Serdang Seven adalah salah satu kejohanan berprestij dan kali ini adalah kejohanan yang disertai paling ramai pasukan seramai 201 pasukan seluruh Malaysia.
Pasukan sekolah, Kelab (gabungan beberapa sekolah) dan juga Kelab Swasta berentap selama 2 hari merebut piala dan Pingat bagi setiap kategori.
Kejohanan ini diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record sebagai kejohanan paling ramai disertai peserta.
Sk Duyong menghantar team ragbi nya Duyong Falcon yang disertai 13 pelajar perempuan yang berumur diantara 11 dan 12 tahun, memasuki kategori bawah 12 tahun.
Bergerak dari sekolah pukul 7 pagi dan sampai ke sekolah 1030 malam.
Terima kasih Cikgu Izzat, Cikgu Sanim, Cikgu Zihan, Cikgu Jamilah sebagai jurulatih.
Cikgu Amdan dan 2 guru praktikum Cikgu Izzati dan Cikgu Ummi yang datang memberi sokongan di sana.
Selepas seharian yang mendebarkan SK Duyong membawa pulang pingat kembali ke kampung Duyong.
Tewas tipis di Final Kategori Plate yang menyaksikan Duyong Falcon menamatkan kejohanan di tempat ke 4 dari 18 pasukan yang bertanding 1 Malaysia.
Antara "highlight" kejohanan ialah SK Duyong mengejut kan Sekolah Berprestasi tinggi dari JB, Sk Bandar Baru Uda 2 atau dikenali sebagai Killerbee RC dengan kemenangan tipis 1 0.
Antara kejutan lain ialah dapat seri 2 2 dengan kelab Cyborg RC kelab dari Putrajaya yang menggabungkan 4 5 sekolah terbaik dari kawasan sana.
Anak duyong mempamerkan aksi yang menarik selepas 2 kali bangkit dari ketinggalan.
Try pada saat akhir menyaksikan SK Duyong tidak tewas terus menjadi Juara Kumpulan B mengatasi Killerbee dan Cyborg RC.
Momentum ini akan terus dibawa ke Kejohanan seterusnya di KILLERBEE 7S yang akan berlangsung di Padang Ragbi Mount Austin Johor Bharu pada pertengahan Mac nanti.
#demianakduyong