Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
???? Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025 ????
➡️ Pendaftaran secara dalam talian.
➡️ Warganegara Malaysia.
➡️ Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2018 - 1 Januari 2019.
➡️ Pendaftaran awal dalam talian bermula pada 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.
➡️ Keputusan permohonan awal boleh disemak pada 1 Oktober 2024.
➡️ Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan menggunakan????telefon bimbit untuk urusan permohonan dalam talian.
➡️ Ibu bapa/penjaga perlu simpan dan ingat kata laluan dan emel yang digunakan untuk log in IDME.
➡️ Sila pastikan IDME ibu bapa/penjaga lengkap dikemas kini pada ruangan Pengurusan Profil (Maklumat peribadi maklumat alamat ibu bapa /maklumat anak jagaan) sebelum menekan butang permohonan kemasukan.
➡️ Ibu bapa/penjaga perlu pastikan maklumat anak tanggungan lengkap dan betul untuk mengelak berlaku masalah penempatan.
➡️ Semak semula permohonan yang diisi & sila pastikan maklumat permohonan betul dan tepat sebelum menghantar permohonan dalam talian.
➡️ Setelah menghantar permohonan dalam talian ibu bapa/penjaga perlu cetak ????️ 2 salinan borang perakuan sekolah dan membawa kedua-dua salinan tersebut ke sekolah yang dimohon untuk pihak sekolah cop TERIMA dan juga cop tarikh penerimaan.
➡️ Satu salinan akan diserahkan untuk pengesahan dan semakan pihak sekolah manakala satu salinan lagi untuk simpanan ibu bapa/penjaga.
➡️ Sekiranya ibu bapa/penjaga berpindah ketika dalam proses permohonan (sudah menghantar online dan borang permohonan ke sekolah yang dipohon) perlu maklum kepada sekolah dengan segera.
➡️ Ibu bapa/penjaga perlu menggunakan alamat tempat tinggal yang betul dan benar-benar tinggal di kawasan tersebut untuk penempatan sekolah.
???? Pendaftaran permohonan melalui Modul Pengurusan Awam,
Sistem Pengurusan Identiti KPM (MOEIS) di laman sesawang :
https://idme.moe.gov.my
Sekian, terima kasih.
Unit Maklumat Murid SKeDy
06-2680719